I made this blog because :

1. to answer all statements made by Luca Lucas (Mr. Sehat)

2. to give my argument/opinion/ etc

3. as a page where all of you can read, and when you forgot about him, you can come here again to read and to remember the day he insult us, thus give us courage and confident to make a continuous development in Sabah

4. hoping others can take "some" points from Luca Lucas to improve Sabah in any aspects.


Disclaimer :

1. this blog is not intended to hold a grudge against him (Luca Lucas)

2. this blog is kind of as for remembrance especially to our own people, and led us to new development for Sabah

3. this blog contain no seditious or defamation act

4. i dont intend to raise any sensitive issue. so, readers are prohibited to do so. also, no fight allowed.

Saturday, September 11, 2010

Dear Mr. Sehat a.k.a Luca Lucas



I dont know if you (Luca Lucas) are fully educated or not but I think it is better for me to write in Malay. Oh by the way, since you are claiming that you dont understand our slang, I will try my best to give my argument and opinion in proper Malay.


*Gaji kecil. PTI. Bandar Sandakan*

Saya sudah buat lebih dari sepuluh kerja sambilan. Jadi saya tahu, layakkah sesebuah pekerjaan tersebut diberi gaji kecil atau gaji besar.

Sebelum ini saya pernah bekerja sambilan di Semenanjung sebagai promoter di Giant dan Tesco. Gaji RM70-80 dari jam 12 tengah hari - 9 malam (1 jam rehat), tiap Sabtu dan Ahad. Tidak diakui kerja selama 8 jam dengan gaji RM70-80 kelihatan lumayan, walaubagaimana pun, setelah ditolak segala perbelanjaan (tambang bas, makan dan minum), gaji tidak lah sebanyak mana pun. Mau bayar sewa rumah lagi. Bil letrik dan air lagi. Barangan rumah lagi. Tidak dinafikan, kos perbelanjaan di semenanjung sangat tinggi maka tidak hairan lah gaji pun nampak lumayan. Tapi bila suda ditolak segala kos perbelanjaan, berapa lah sangat tinggal lagi kan? Mau kumpul duit pun payah.

Apa lagi yang ada kereta? Kena bayar minyak kereta lagi. Bayar kereta bulanan lagi. Tol lagi. Lepas tu yang guna Touch n Go, kalau habis kena top up lagi. Gaji RM1000-2000 memang payah sikit lah membayar walaupun bujang. Kalau yang suda berkeluarga dan beranak pinak? Memang kena buat belanjawan bulanan lah. Memang terkikis jugalah.

Lain lah kalau tu orang sudah kaya sedia kan. Atau itu lain cerita la kalau tu orang bertuah dapat pekerjaan yang gaji dia sangat lumayan dan mampu menanggung sendiri dan keluarga. Tapi bukan semua orang bertuah bah. There is no free lunch in this world. everyone have to work their ass off so hard just to get a good life.

Berbanding dengan bekerja di Sabah. Saya pernah bekerja di sebuah supermarket iaitu Servay Jaya Supermarket Keningau, gaji RM20 untuk satu syif (8 jam). Memang nampak sedikit. Dengan usaha dan kesabaran, dalam 1 minggu saya berjaya kumpul RM100+ dan dalam 1 bulan, RM700+. Saya boleh beli handphone baru dan sangat cukup makan.

Walaupun tinggal dirumah sendiri tidak payah bayar sewa, saya kena keluar duit juga untuk pergi kerja. Saya kena bayar tambang bas, lepas tu makan minum lagi. Tapi tidaklah semahal macam yang saya kerja di semenanjung. Sini Sabah, gaji nampak murah tapi boleh simpan banyak, sebab?

1. Makan minum murah
2. Tambang murah
3. Rumah sendiri

Jadi, point utama saya disini ialah, walaupun gaji untuk sesuatu pekerjaan tersebut kecil saja, tapi sekurang kurangnya kami masih boleh menyimpan wang. Di Sabah lagi satu tidak banyak belanja. Dan jangan salah faham, bukan semua pekerjaan di Sabah bergaji kecil. Sesetengah pekerjaan tu bergaji besar dan dorang lagi untung sebab boleh simpan banyak duit. Mungkin ada yang berpendapat, agak mahal juga kos perbelanjaan untuk sesetengah kawasan di Sabah ni, tapi bagi saya tidak lah semahal di Semenanjung. Masih boleh hidup lagi tu. Lain la kalau kamu banyak berhutang sana sini.


PTI : berkenaan dengan pendatang tanpa asing. Ini memang tidak dapat dinafikan lah memang banyak pendatang tanpa asing di Sabah. Tapi apa kurangnya di semenanjung? Kebanyakkan pekerja kilang pun orang asing (Orang nepal, vietnam, pakistan). Jadi kenapa hanya menekankan di Sabah sahaja?

Bagi saya, semua manusia sama saja. di bawah kulit kita ni tetap sama. darah sama2 merah juga. sapa yang tidak merah tu, bukan manusia kalik tu. alien kalik. unknown life form. Semua manusia ada hak untuk hidup. Tidak kira sapa dorg pun. Menurut United Nation, semua berhak untuk hidup. no one shall be deprived of his personal liberty.

Rasanya memang ada di antara kita (atau semua) berfikir yang PTI ni kasi semak negara kita saja. tapi, apa lah yang kita bole buat? Kau fikir, kau maki2, diorang terus pulang lah? Cuba cari idea, macam mana dan bagaimana mo urus PTI ni. kan elok begitu?

Daripada memaki hamun, bagus fikir cara, mcm mana mau urus isu PTI ni. Ni memang satu isu ni dari dulu. jangan jadikan isu PTI ni sebagai point untuk menghina orang Sabah.

Bandar Sandakan : Pusat longgokan Sampah. Oh really? Minta maaf lah kalau betul2 tu Sandakan ialah pusat longgokan sampah. En. Luca Lucas seorang yang sangatlah prihatin. Apa kata, kau datang di Sandakan, kau pungut sampah yang ada disana. Dari Johor pun boleh sakit mata. Wow. Oh ya lagi satu, kenyataan kau ni berasas ka? Ada gambar kah yang kau boleh tunjuk yang Sandakan ni memang kawasan longgokan sampah?

Saya tanya orang Sandakan. Betul ka?

Kalau betullah seperti apa yang En. Luca Lucas katakan, mari saya bagitau ko En. Luca Lucas. Setiap rumah, setiap tahun menghasilkan sampah. Rumah kau? Mana pergi semua sampah kau? Kau makan eh? Untuk pengetahuan anda, Malaysia sudah tidak mempunyai "landfill" untuk memproses sampah2 yang dikeluarkan oleh berjuta rakyat Malaysia. Jadi, daripada kau menghina Sandakan tu pusat longgokan sampah, baik kau cari idea, mana mau letak semua tu sampah2. Since ko sangatlah prihatin kan dengan bandar orang. Bandar ko mcm mana pla? Bersih berkilat?? Kilang2 yang ada di sana tu pun juga salah satu punca pencemaran alam.

If you dont know what landfill is, please search in google. Cari sendiri. Tidak payah menyusahkan orang untuk memberi tunjuk ajar dengan ko.



*Pusat perlancongan. Makanan. Pasar*

Saya percaya, setiap negeri ada keistimewaan makan diorang masing2. Tidak payah mau banding2. Orang cakap, tepuk dada tanya selera.

Saya dulu pernah belajar di UiTM Kedah. Perut saya memang tidak boleh terima tahap "kepedasan" yang melampaui batas apatah lagi rempah ratus. Tapi kebanyakkan masakan di Kedah ni (terutama tempat saya belajar Uitm Kedah di Sungai petani, merbok), semua bagi saya sangat lah pedas. Sampai kena diaorhea 1 minggu pun pernah.

Tapi saya tidak perna pun merungut satu Malaysia yang makanan di Kedah ni tidak sedap. Bila sa nikmati betul2, baru saya tau di mana sedapnya makanan tersebut.

1. Nasi goreng chili padi - fuh. memang keluar api dari mulut makan ni nasi goreng. tu nasi goreng pun jadi hijau oh becampur dengan tu cili padi yang sudah kena giling. tapi sa masih makan juga. sebab itulah makanan orang sana =) tidak terfikir pun sa mo kasi buruk2 makanan orang.

2. kueh tiaw - sama juga. pedas. tapi tetap makan. sebab? ini lah makanan orang sana.

semua la, nasi lemak etc

tapi bila sa balik sabah, sa mencari juga tu makanan2. rindu juga mo makan balik. =)

point saya d sini ialah, walaupun bagi kau En.Lucas, makanan yang ko makan tu sangatlah boring dan tidak sedap, ini adalah salah satu point dari kau yang sangatlah kebudak budakan dan langsung tidak membina, dimana saya terpaksa juga membidas (i love food so wat heheh). Belajar lah adat orang. Belajar tradisi mereka. Fahami. Dan ingat. Ini lah yang membawa kita terus maju kehadapan. Daripada kau memaki hamun, apa kata ko pegi buat kerja amal, dapatkan pahala. Kan? Bersyukur dan makan apa yang ada. ko fikir semua tempat menyediakan makanan hotel 5 bintang???

Dorang di negara yang sedang beperang sekarang ni lagi kesian. Langsung tidak dapat makan.

Pusat perlancongan : Apa perasaan ko En.Luca Lucas kalau saya cakap, APALAH SANGAT PULAU LANGKAWI TU KAN? APALAH SANGAT PULAU TIOMAN TU? BALIK BALIK DUA BENDA TU JA. BOSANLAH.

Semua tempat ada keistimewaan dia sendiri. Pelancong asing pula tidak henti2 datang sini. Syukurlah kita masih ada pulau2 yang cantik.

Cuba luaskan pandangan anda. Cari keistimewaan pulau2 yang ada di Malaysia.

daripada kau maki hamun pulau orang, cuba kau bagitau, apa keistimewaan pulau anda? Oh, Johor ada pulau ka? Hebat ka? Share with us. =)


Pasar : cakap pasal pasar ni. cuba ada sesiapa bagitau saya, tiap kali pasar dibuka, makanan dia ada perubahan ka? atau masih makanan yang sama dijual?

Baazar ramadhan apa kurangnya, asyik makanan yang sama. Tidak tahu pun sedap atau tidak. tapi, ini bukanlah isu. point saya ialah, semua pasar menghidangkan makanan yang sama setiap hari, setiap tahun, setiap saat, setiap detik.

Luca Lucas, kau bagitau saya, pasar apa yang ubah resepi makanan diorang everytime diorang pegi menjual?

ko pasti kah, kalau ikan cencaru tu kalau kena tukar pegi ikan karuk ka, ikan keli ka, ko pasti kah, pelanggan suka?

Saya rasa kau 1 orang saja tu, kebosanan makan ikan cencaru. So, pergilah beli benda lain. Ko pegi sana dekat gerai jual ikan cencaru bakar pa hal?? Orang lain mau makan. Ko tidak mau? get lostttt~~~~~ You dont like it, we hell dont even care.


*Stesen Bas kecil. KK tidak layak diiktiraf bandaraya? Shopping malls?*

Saya bagitau kau la Luca Lucas. We dont need big bus station like Pudu Raya or Duta. Why? Mostly, kami guna kereta. Kami drive sendiri kalau balik kampung.

Lagi satu, buat apa lah stesen bas besar2 kalau takat pegi destinasi yang bukanlah jauh sangat pun. Lain lah kalau Kedah - KL, perjalanan pun setengah hari, so kena lah guna bas yang besar and selesa sket. Kapasiti bus yang diperlukan pun banyak sebab ramai mau pulang kampung. ramai orang jauh, datang dari kampung keja pegi bandar (especially KL)

kalau buat stesen bas besar2 dekat KK tuh, tidak kah membazir namanya?

Ni lagi satu. Shopping malls. Syukurlah ada 1B, centre point, suria sabah, megalong, etc etc. Kami tidak hairan pun shopping mall yang ada di tempat kamu tu Luca Lucas. Kalau ada 10 juta shopping mall yang besar2 and grand2 pun, banyak barangan branded, kalau tidak boleh beli semua, skadar pegi window shopping, test2 dekat fitting room, apa guna kan? buang masa.

Luca Lucas ni belagak paris hilton la pulak?? Nafsu semata2 ni Si Luca Lucas.

Kalau ko rasa KK tu tidak layak jadi bandaraya, sila kemukakan ketidakpuashatian anda dengan Kerajaan.

daripada kau kutuk KK, bagus ko pegi cari jawapan, kenapa KK diiktiraf sebagai bandaraya. Banyak sebab dia. Ko kena belajar lebih tau Luca Lucas. kalau menghina and mengutuk tu lebih, maka knowledge tu pun kena lebih juga tau. jangan sekadar cakap kosong saja.


*TESCO. JUSCO. GIANT*

Helemek, bangganya Luca Lucas yang tempat dia tu ada tesco...ada jusco...ada giant... Bapa kau punya ka..???

Ko selalu sangat ka shopping dekat sana? Woah, takat kerja C17, banyak duit ko. Aku salute la bro.

nafsu setan tu bro, rambang mata tengo banyak shopping malls. semua mo beli.

bagi saya, tidak payah lah bangga sangat tempat ko ada benda2 sedemikian.

Lupa pla mo bagitau, tempat kami ada Giant pun kami diam2 saja. Tidak lah kami havoc 1 malaysia, mo bagitau orang yang tempat kami ni ada Giant.

so what if tempat ko ada giant, tesco, jusco, ko dapat income ka from that?

Ko tumpang nama ja tu bro. Tumpang femes.

cuba la ko cakap yang kau ni, professor terkemuka ka telah menemui penawar AIDS baru, barulah orang salute ngan ko....


*Traffic Jam*

Wah...bangganya dia....tempat dia traffic jam....

Tidak lambat pergi kerja ka bro?

do you know why 'highway" was built? ko tau ka fungsi dia? salah satu untuk mengurangkan traffic jam.

tapi hairan pla, banyak2 highway pun still traffic jam.

lagi satu, saya tidak nampak bahagian mana yang boleh dibanggakan tentang traffic jam? setahu saya, orang stress kalau traffic jam ni. orang mau cepat p kerja.


*cikgu,askar etc datang bekerja di Sabah. internet access*

Wahai En. Luca Lucas. Sila kemukakan bukti anda tentang ketidak mahuan guru2 atau askar2 dari seberang berkhidmat di Sabah.

yang ini, hanya orang itu sendiri saja tau yg diorang rela ka atau tidak mo berkhidmat di Sabah atau tidak.

Mcm mana pla c En. Luca Lucas ni tau? kan? Sila jangan buat fakta tidak berasas.

internet access? : saya sekarang berada di Kampung Patau, Tambunan, Sabah dan sedang online di sini ya.

internet access pun sedang berkembang di sabah sekarang ni. broadband ada streamyx pun ada.

so u dont have the right to say that sabah has no internet access especially bahagian pedalaman. Even sook pun ada tau.


5 comments:

  1. wuih, kembang tul nmpak post2 ni... padan muka tu c Luca Lucas, cam pantat jak... ndak sedar diri...

    ReplyDelete
  2. heheheh.....padan muka kan luca lucas

    ReplyDelete
  3. i LOVE sabah!!! rindu ler....study kat tmpt lain, lama x balik, huhuhu....slepas g kat sume ngeri, sabah masih paling best!! hehe

    ReplyDelete
  4. sa pikir patut ada tindakan I.S.A. utk org seperti ini. sb utama adalah menimbulkan 'hatred' among malaysian! dah terungkai asal-usul org nih, n bukti2 kesalahannya pun ada, layak dah org gini diambik tindakan! ade tak sesiapa yg b'kaitan dgn I.S.A. nak pnjangkn hal ni? ^_^

    ReplyDelete
  5. hehe...bgus la...ada jg hikmah perbuatan dia ni...buat urg sabah bersatu....

    ReplyDelete